Wednesday, March 17, 2010

Ini Suatu Cerita!

Seloka 4 Pintar!

Ucapan salam pembuka bicara,
Kepada semua yang sedang membaca;
Ini 4 Pintar mahu bercerita,
Tentang pelajarnya yang kecoh belaka.

Pn. Halimah empunya nama,
mengajar LK kelas kami;
LCD menjadi teman setia,
Membuat kami senang hati.

Orangnya pendiam rajin sekali,
Dah tahu rabun duduk belakang sekali!
Itulah dia ketua kami,
Khairuzzaman nama diberi.

Manisah pula penolong kami,
bila tersenyum nampak gigi;
Kerjanya siap bila diberi,
Habislah semua orang nak copy!

Biru dan hijau membezakan mereka,
Menjadi jiran sepanjang masa;
Acap dan Wafy itulah mereka,
Amzar pula banyak ragamnya.

Ammar dan Syafiq lain ceritanya,
Buat kelas huru-hara;
Siapa tak kenal perangai mereka,
Tiada mereka aman dunia!

Seorang pemalu,seorang pendiam,
Joe dan Amir duduk berjiran;
Lain pula Emer dan AM,
Cikgu mengajar sibuk nak makan!

Berbaju biru kurus tinggi,
Kalau mengamuk lain pula jadi;
Gambar Kim Bum penyejuk hati,
Itulah FM 'Blogger Girl' kami.

Sebelah FM apa kurangnya,
Bajunya sama biru juga;
Amirah Suhaila nama diberi,
Orangnya baik rajin sekali.

Duduk berdua ke mana saja,
Atikah dan Nabilah teman setia;
Ada saja cerita dan gelak tawa,
Farahanis dan Adilah ikut sama.

Ain dan Saadah sehati sejiwa,
Dua-dua berkaca mata;
Azu dan Azliza sama saja,
Ke mana pergi pasti berdua.

Kepada guru yang menabur jasa,
Terima kasih tidak terkata;
Kepada semua rakan seperjuangan,
Jumpa lagi tahun depan.

Itu saja yang kami nak cerita,
11 gadis 13 jejaka;
Salah silap maaf dipinta,
Niat di hati mahu berseloka.

p/s: Hafiz Azman, Hafis Rahman dan Fikri tak ada. Nanti FM reka lagi. tak ada idealah..

No comments:

Post a Comment