Wednesday, March 31, 2010

3 in 1

Salam.
Dah lama tak update blog ni.
Minggu lepas semua busy dengan exam.
So, blog ni pun tidak terupdate.
Banyak juga benda yang nak dikongsikan.
3 cerita dalam 1 post.
Macam orang Inggeris cakap 3 in 1.

First sekali nak kongsi cerita pasal 3 orang pelajar lelaki kelas 4Pintar yang dilantik menjadi pengawas. Tapi, sebelum dilantik menjadi pengawas, mereka berada dalam pemantauan dulu.
baru dapat jadi pengawas yang asli lagi tulen.
Senang cerita mereka kena jadi pengawas percubaan dulu.
Lupa pula nak bagi tahu siapa mereka.
Jejaka2 yang bertuah itu ialah:

-Emer.
-Am.
-Amzar.

Habis satu.
Cerita yang kedua pula ialah..
Jeng3..
Suspen tak? Jujurnya tak, kan?
Hari ini bertarikh 31 Mac, hari rabu bersamaan 15 R.Akhir merupakan hari yang bersejarah dalam hidup Ain.
Nak tahu kenapa?
hari ini hari jadi dia. Orang putih cakap birthday.
Mesti anda semua tidak wish lagi, kan?
Teruk betul!
Tak apa. Nanti wish lah happy belated dekat dia.

Yang ketiga pula,
Erm.. Tiba2 tak ingat pula.(maklumlah orang tengah demam)
Tak apalah. Nanti dah ingat cerita lagi.
Tunggu sajalah.
hehe..

ok lah.
Nantikan post yang lain pula ya.
Nak bertapa ingat balik cerita ketiga tu.

Salam 4 Pintar~~

Wednesday, March 17, 2010

Ini Suatu Cerita!

Seloka 4 Pintar!

Ucapan salam pembuka bicara,
Kepada semua yang sedang membaca;
Ini 4 Pintar mahu bercerita,
Tentang pelajarnya yang kecoh belaka.

Pn. Halimah empunya nama,
mengajar LK kelas kami;
LCD menjadi teman setia,
Membuat kami senang hati.

Orangnya pendiam rajin sekali,
Dah tahu rabun duduk belakang sekali!
Itulah dia ketua kami,
Khairuzzaman nama diberi.

Manisah pula penolong kami,
bila tersenyum nampak gigi;
Kerjanya siap bila diberi,
Habislah semua orang nak copy!

Biru dan hijau membezakan mereka,
Menjadi jiran sepanjang masa;
Acap dan Wafy itulah mereka,
Amzar pula banyak ragamnya.

Ammar dan Syafiq lain ceritanya,
Buat kelas huru-hara;
Siapa tak kenal perangai mereka,
Tiada mereka aman dunia!

Seorang pemalu,seorang pendiam,
Joe dan Amir duduk berjiran;
Lain pula Emer dan AM,
Cikgu mengajar sibuk nak makan!

Berbaju biru kurus tinggi,
Kalau mengamuk lain pula jadi;
Gambar Kim Bum penyejuk hati,
Itulah FM 'Blogger Girl' kami.

Sebelah FM apa kurangnya,
Bajunya sama biru juga;
Amirah Suhaila nama diberi,
Orangnya baik rajin sekali.

Duduk berdua ke mana saja,
Atikah dan Nabilah teman setia;
Ada saja cerita dan gelak tawa,
Farahanis dan Adilah ikut sama.

Ain dan Saadah sehati sejiwa,
Dua-dua berkaca mata;
Azu dan Azliza sama saja,
Ke mana pergi pasti berdua.

Kepada guru yang menabur jasa,
Terima kasih tidak terkata;
Kepada semua rakan seperjuangan,
Jumpa lagi tahun depan.

Itu saja yang kami nak cerita,
11 gadis 13 jejaka;
Salah silap maaf dipinta,
Niat di hati mahu berseloka.

p/s: Hafiz Azman, Hafis Rahman dan Fikri tak ada. Nanti FM reka lagi. tak ada idealah..

Tuesday, March 16, 2010

extra klas (15032010)

Holla !! Pada hari Isnin yang bertarikh 15032010, kami telah menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh Cikgu Din. Hanya Amzar dan Nabilah yang tidak hadir pada hari tersebut. selepas itu, kami breakfast di kedai mamak yang berhampiran di sekolah kami. Kelas tambahan terus dimeriahkan oleh ex-4Pintar iaitu Akim dan Ezliana. Hari Rabu ni pun ada kelas tambahan lagi. So, kepada budak2 4Pintar jangan lupa datang ok.




kedai mamak kene serbu..


posing after class.
.
posing after breakfast.

posing di tengah jalan.

posing before back home.

Sunday, March 14, 2010

ragam kami !!!

holla!!!
Post kali ingin menceritakan serba sedikit tentang ragam penghuni 4Pintar.
kalau nak tahu budak2 4Pintar ni mempunyai ragam dan kerenah yang tersendiri, lelaki dan perempuan sama2 menggila.. haha
ada yang suka makan nasi sementara menanti guru subjek seterusnya masuk
ada juga yang suka keluar kelas sesuka hati bila cikgu tiada dalam kelas.. haha
ada yang baring dekat sudut bacaanlah
ade juga yang mempunyai panggilan yang agak ganas
apa gelarannya biarlah rahsia haha..
ada juga panggilan seperti manis, panis, fm, sood.
Lagi satu, kalau nak tahu, kalau duduk dekat blok yang bersebelahan
boleh dengar kelas kami yang paling bising dekat situ. Haha, buat segan saja...
sebenarnya tiada idea nak post.. Itu sahaja untuk kali ini
nantikan post2 dari kami, bye.

Extra Class!

Salam.
Post kali ini, FM nak ingatkan kepada 4Pintar yang esok ada kelas tambahan math ya!
jangan lupa!
betul3..
haha.. Jadi Upin Ipin pula..
ok..
Esok datang beramai2 ya!
sebab ex 4Pintar pun ada esok.
Nak tahu siapa?
kenalah datang.
pukul 8.30 a.m. - suka hati kata Cikgu Din.

All right..
See tou guys tomorrow..
Salam Satu Pintar!

Saturday, March 13, 2010

Sambutan Maulidur Rasul!

Salam..
Sekali lagi FM nak buat post.
Tapi kali ini post dalam bentuk laporan.
Semalam, Jumaat 12 Mac 2010 bersamaan dengan 26 Rabiul Awal di SMK Bandar Tasik Selatan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Setelah membaca doa, menyanyikan lagu negaraku dan lain-lain, sambutan dimulakan dengan perarakan dari padang hingga ke dataran perhimpunan. Sebelum ceramah dimulakan, pelajar dibenarkan untuk mengisi perut masing-masing di kantin. Makanan disediakan oleh pihak sekolah. Sambutan ini kemudiannya diakhiri dengan penyampaian hadiah tokoh Maulidur Rasul.

Tamat sahaja sambutan, apa lagi! Kami adakan sesi bergambar pelajar 4 Pintar. Inilah wajah2 pelajar 4 Pintar yang hadir pada Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SMK Bandar Tasik Selatan.

4P Studens


Girls@4P


Boys@4P

Sampai sini sahaja laporan mengenai Samutan Maulidur Rasul yang berlansung di SMK Bandar Tasik Selatan..
Sekian..

p/s: Pn. Halimah sibuk mengemas barang. So, dia tak nak bergambar bersama pelajar2nya.

Sunday, March 7, 2010

Chat Box and Graphics!

Salam.

Sekali lagi FM nak bagi tahu pengunjung blog kelas ini, blog ini sudah semakin melangkah ke hadapan.
Perasan tak blog ini dah ada Chat Box?
So, anda semua bolehlah chat dekat situ.
nak tanya apa2, sebarang komen dan sebagainya boleh letak di situ.
and nampak tak graphics2 kat side bar sebelah ni..
Cantik tak?
hehe..
Semua pasal friendship..
Header and footer blog pun, cantikkan?
Jam, scroll message pun ada..
bak kata pak cik astro "Macam-macam ada!"
nanti FM letak macam2 lagi graphics dan lain2..

oklah..
tak ada benda nak cakap sebenarnya..
nak bagi tahu, itu saja..
kerja sekolah dahlah tak buat lagi..
ish3..
hahaha..
Ok. jumpa lagi di post yang lain.
Terima Kasih sebab sudi berkunjung ke blog ini.



Salam Satu Pintar.

ex - pintar !!!

Salam,
Kalau post yang sebelum ni datangnya dari Waffe dan FM, post kali ini datangnya dari Ella untuk mengambil alih bagi menceritakan tentang bekas2 penghuni kelas 4Pintar. Senang cerita mereka semua ni berangkat ke sekolah teknik tapi seorang saja yang tidak pergi ke teknik haha, namanya Ezliana. Dekat sini aku letakkan gambar2 mereka untuk ditatap.


ini adalah diantaranya. Ada satu sahaja gambar yang tidak dapat dikesan adalah Baihaqi.
Itu sahajalah. Kepada yang tidak disebut, sorrylah because manusia mudah lupa, hehe

semoga dapat bertemu di post yang lain.

Saturday, March 6, 2010

pertukaran jadual

Hello?! Start hari isnin ni, bersamaan 8 Mac 2010, sekolah kita orang akan buat pertukaran jadual. So daripada apa yang kami tengok, kami akan menjadi semakin sibuk. This happens because everyday akan ada mata pelajaran elektif/penting. Kalau kita orang tidak datang ke sekolah selepas ni, maybe kita orang aksn missed banyak topik.. Dah lah semua topik susah2.

So, aku nak pesan dekat semua kawan2 class aku, selepas ini, kita jangan haraplah nak ponteng class or nak lompat pagar dah. Memang susahlah kita.. Kalau nak buat juga, buatlah, tanggunglah sendiri akibatnya.. hehhh..

okey guys?! bye..
peace..
keep rockin..

Friday, March 5, 2010

Members Of Science Techno.

Hello..
tadi waffe(bak kata cikgu Din :P) buat post..
kali ni, FM (gelaran je) nak memperkenalkan pelajar2 Science Techno.
Sebelum tu FM nak juga menginform dekat anda semua tentang kelas kami ni..
Ok. Kelas kami ni namanya Pintar. walaupun hakikatnya tak adalah pintar sangat.. Haha..
Kami akan berada di kelas ni selama 2 tahun..
so, tahun depan kita orang duduk di kelas yang sama dan akan berjumpa dengan muka yang sama macam tahun ini.. huh! Membosankan bukan?! haha..


kelas kami ni pada mulanya ada dalam lebih kurang 30 orang. Setelah hampir 10 orang meninggalkan kelas 4Pintar kerana pindah sekolah teknik dan sebagainya, tinggallah 24 orang.

13 Putera.

~Khairuzzaman, The Monitor Class
~Asyraf
~Amirul Helmi
~Amirul Syadzwan
~Amir Shahir
~Syafiq Zainal
~Hafiz Azman
~Fikri
~Aizat Emer
~Hafis Rahman
~Ammar Jamil
~Amzar Faidhi

11 puteri.

~Manisah, The Assistant Monitor
~Nurul Saadah
~Amirah Suhaila
~Izzatul Ain
~N. Sarah
~Farahanis
~Adila Nadhirah
~Azliza
~Azuria
~Nabilah
~Atikah

Ha!(terkejut tak?! Haha)
inilah muka2 pelajar kelas Science Techno.
oh ya! lupa pula nak bagi tahu nama guru kelas.
Guru kelas kita orang namanya Pn. Halimah.

ok lah.
nantikan post yang lain pula ok?

~ INTRO ~

Hey you guys! we guys are SMKBTS's students. Kita orang ambil course Technology Science. Subject elective is Additional Mathematic, Chemistry, Physics, Civil Engineering, and Engineering Technology. mainly, yang masuk course ni dapat 4A (maybe) mse PMR.

Kami sekarang ni ada 24 orang dalam class. sebelum ni, ada lebih kurang 30 orang.. But, ada yang pindah masuk teknik, masuk sbp, tinggal sajalah kita orang..

Blog ni di 'create' untuk di update oleh semua ahli class kita orang.. Ini blog public laa.. Bukan personal punya.. Nanti, lepas ni akan ada update pasal daily life kita orang kat dalam class, pasal guru-guru ke, or luahan perasaan kat cikgu, kawan sekelas, or even orang lain kat SMKBTS tu..

Nantikan next post dari kami!
peace,
kep rockin!