Thursday, November 25, 2010

school holiday

school holiday is in the house again! cuti pnjg ni korg wt ape? heheh.. from what i heared, ramai bdk2 Future_Tech yg b'kerja. alhamdulillah syukur. drpd dok membazir mase dok kt rumah xde wt pape, better do some work rite? even aku pun srkrg kerja. ngee~ but, keja aku xde lah se'grand' bdk2 class aku yg laen..

kpd yg xde kerja tu, cari2 la kerja. huhuh *igt sng cri kerja?.. xpun, baca2 lah buku as a preparation 4 SPM next year? bagos kn cmtu? then kalo dh bce bku tu, jgn lah asyik dok menghadp bku jer. klua2 laa, ambil agn *jgn buang amgin kt public suderr~..  ok?

Sunday, November 7, 2010

exam sudah selesai~

kepada pengikut2 kami, just wanna tell yall, year-end exam kitorg sudaah tamat!~ yeay! but, kitorg still kne buat 2 kje lagi, Chemistry scrap book and Engineering Technology work. folio Chemist, i believe ramai yg dah siap, termasuk aku tinggal nk print jer. besok dah start skolah. nk ckp happy, xsgt, nk ckp benci xsgt. 50-50 laa, huhuhuh.hope kite dpt hangout sme2 yup Sc. Tech buddies?

Saturday, October 23, 2010

exam n seminar

untk pengetahuan kawan2 sekalian. exam akhir tahun kami telah bermula. kenapalah senang sangat soalan yang cikgu beri? sampai nak pecah kepala kami kerana soalan itu terlampaulah senang. exam kami akan berakhir pada 2Nov2010. lama kan?

then, kami juga ada menghadiri seminar semasa 2 hari kelas kami tidak terlibat dengan apa2 examination. pada 19102010 diadakan seminar pra-SPM Teknologi Kejuruteraan yang bertempat di BTPN WPKL. pada hari itu, semua anggota Sc. Tech diwajibkan melibatkan diri. sesampai kami di sana, kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. tetapi, itu semua tidak penting untuk blog ini, lol. yang penting adalah kami bergembira. mahu lihat telatah kami? click ---> [link gambar seminar TK]

on 20102010, seminar Lukisan Kejuruteraan pula diadakan di SMTKL. tidak semua ahli kami terlibat. ini kerana hanya 10 orang yang terpilih sahaja yang dapat pergi. 10 orang itu ialah pelajar yg mendapat markah tinggi dalam LK pada peperiksaan baru2 ini. gambar? ---> [link gambar seminatr LK]

sekian sahaja, buhbye!!

Friday, October 8, 2010

Story Moryy

heyya followers, bloggerZ, n friends! wutsup? alo0Oha! heheh..

-dah malas
baiklah semua. aku dah malas nk layan dgn kerenah2 org luar yg gatal2 nk masok blog org n kutuk2 blogger tu. mmg dah malas. sedangkn dia yg dah mengajar 'beliau' tu mcm2. k? so, aku, Noor Waffe Adam, dgn bangga n b'besar hati nya telah men-delete cBox kt blog ni pada 08102010, bersamaan hati Jumaat. pada jam 3:50 ptg. so, jgn nk bnyk soal knp.

-raya
xde sape pun yg update pasal raya kn dlm blog class kn? FYI, pengendali2 blog ni dah malas nk update blog act. sbabnya, ada masalah (bkn kecik2, sume agk2 gedabak) sket. so, bdk2 class kitorg ada lah buat rumah t'buka. n ckgu pun ada buat. me too! lol. so, mau lihat gmbr2? ini lah;







ini sahaja gambar yg dpt diupload. mls nk upload bnyk2 nnti penuh 1 page.

Tuesday, September 21, 2010

mind your words people!

P.E.R.H.A.T.I.A.N

kepada pelawat2 blog kami, sila jaga pertuturan anda di cBox kami. jika anda mengeluarkan kata2 keji, kurang ajar, etc, saya Noor Waffe Adam (  wafy  ) dengan bangganya akan memaki hamun anda dengan kata2 yang sama yang anda gunakan. kami tidak peduli apa tindakan yang akan anda ambil, this is our class's territory, so, talk nice, mind your every words. GET IT

Tuesday, September 7, 2010

Blog Kawan-Kawan!

Kelas 4 Pintar ni makin maju kan. *perasan.
Ramai pelajar kelas kita dah ada blog.

1- Sarah
2- Waffe
3- Saad
4- Kutu-kutu krew
5- Ain
6- Manisah
7- Farhanis
8- Syafiq

tu je la yang aku tahu + ingat.
kalau ada lagi bagi tahu.

Saturday, September 4, 2010

=.='

*fuhh! fuhh! punya lah lama blog class nie xupdate, sampai berhabuk.*nmpk sgt bohong. nk update pasal apa ya? xtahu nk update pasal apa. nk update tentang cerita2 yg berlaku dkt sekolah? bnyk sgt pulak. so? nk buat apa sekarang ni? tak apa lah, sebab dah tiada idea nk update apa, saya just upload gmbr2 peeps class kami yg agk2 laa baru yer? enjoyy..



lepas mengecat class



celebrating the last day of ckgu ilie teaching us


mempromosikan kedai kami sewaktu hari koko


sibuk menguruskan kedai sewaktu hari koko


bersama ckgu ilie aimie.

Wednesday, July 28, 2010

Muhasabah Diri

marilah sama-sama kita muhasabah diri kita yang sudah jauh terpesong.
harap-harap, pintu hati kita terbuka lepas tengok video ni. seram doe aku tengok.
kalau nak tengok episod lain cari kat utube.
daripada bukak utube tengok benda tak berfaedah, baik bukak benda ni.







Thursday, July 1, 2010

Hari Terbuka 2010 & Kelas Terbuka 4 Pintar

Salam.
dah lama aku menyepi dan berjauh hati dengan blog kelas ni. disebabkan ada kecelaruan yang berlaku.
*ops. ni dah ke laut dah ni. haha~

seperti yang pelajar BTS tahu, esok, 2 Julai 2010, SMK BTS akan mengadakan hari terbuka. Hari
terbuka ialah hari untuk ibu bapa dan guru berjumpa untuk mengambil keputusan anak-anak dorang. *bagi sape2 yg belum tahu hari terbuka tu apa.

so, siapa yang ambik report card korang? mak ke ayah ke dua-dua sekali? kalau korang nak mak ke ayah yang ambil? kalau aku, ayah aku la. haha. *bagi tahu je. =_="
jangan lupa cakap dengan mak ayah korang datang lepas rehat pukul 10.30 ke atas.

sempena hari terbuka, kelas 4 Pintar dah pun dibuka 2 hari lepas. HAHAHA~ apa lagi, kes pintu kelas yang kena pecah tu la. sengal punya budak petang. Tapi aku dah report kat pengetua. Tunggu Acap, Waffe dengan Thayalan pergi cari buudak petang tu. Sebab dorang je yang ada masa kejadian.

Disebabkan kelas kitorang dah tak ada pintu depan, budak 4 Pintar yang kreatif dan Inovatif plak letak apa benda ntah macam langsir tu kat pintu. Macam rumah orang miskin aku tengok. Boleh masuk Bersamamu aku rasa. haha. ^_^

Saturday, June 26, 2010

class photo

hyep gang. this is me, wafy. aha.. i know yall know me but, it's just an,, u know what i mean. so, post kli nie akue upload gmbr class. gmbr yg atas gmbr formal, then, gmbr yg bwh gmbr free style. chantek x? rofl ;P


peace out xP

Friday, June 18, 2010

penghujung

.. assalamualaikum ..

waah.. terase alem plak akue kli nie. huhuh xP nk gtaw korg sume, penghuni2 4Pintar SMKBTS sekalian, cuti sudah mahu habes maa.. homework korg sentoh x? kang xpasal2 kne bedal ngan cekgu2 kang. even akue ckp kt org cmtue, akue pun sme gak ;D holidays over yall. so, prepare ur self 4 the ultimate challenges (again) [waah, mcm p'tandingan beso bunyiknyer kn?]

Monday, June 14, 2010

bju kelas

hello yall! atas p'mintaan kwn ktorg, yg merupakn bekas pelajar class kami (Hakim), akue upload gmbr bju class ktorg sbab die nk tgk.. so, this is it..

Saturday, June 12, 2010

tukar lagu..

Salam..
Kali ni Syafiq pula hendak mengupdate blog kelas ini. lagu telah saya tukarkan, lagunya bertajuk "HEBAT". Maybe lagu ni dapat memberikan semangat kepada student 4Pintar, insyaAllah..
Sorry sebab tukar lagu, dengar sajalah lagu tu.



Salam..

Thursday, June 10, 2010

cikgu Ili Aimie

Guys, inilah Cikgu Chemistry (praktikal) kami, Namanya Ili Aimi. Dia cakap maybe sampai bulan 7 saja kot? Kan best kalau dia mengajar kami sampai hujung tahun, kan kawan2 ku sekalian? Wehehehe. Inilah memori yang maybe akan kekal...



Wednesday, June 9, 2010

cadangan

Wahai para penghuni kelas 4Pintar, huhuh.. Macam raja pula. Aku ada satu cadangan. Ape kata, kita buat satu hari, kan, HARI PHOTOGRAPHY untuk class kita. Janganlah hari biasa2, macam sabtu dan ahad ke. Dekat class sahaja kita buat. Apa pendapat kau orang?


p/s; please contact me (wafy_adam) untuk pendapat kau orang, ok?

HOLIDAY

Heyy guys! Yeah! Holiday datang lagi. But, cuti2 juga, homework jangan lupa buat pula.. hek3.



!!!! HAPPY HOLIDAY YALL !!!!

Saturday, May 29, 2010

banner bru

Aku ada buat gambar baru untuk class 4Pintar. Aku buat sendiri ni. Credit to me ok guys? Tak adalah cantik sangat. But I think it's better then the old one. What you guys think?

Friday, May 14, 2010

Second Exam

Salam.
Mesti pelajar 4Pintar tengah buat preparation untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, kan?
Sebenarnya, peperikasaan dah bermula sejak hari Khamis.
Subjek pertama ialah Bahasa Melayu kertas 1 & 2.
hari Jumaat, English paper 2 & 1.
Exam kali ni mungkin agak mencabar.
Sebabnya, first time duduk exam yang sebenar.
Bukanlah first time ambil periksa.
eXAM form 4 tidak sama seperti PMR.
Semasa exam bulan 3 tu senang sangat.

Exam kali ni mula hari Khamis 13.5 hingga 2.6.
Nampak saja macam lama.
Tapi ada juga hari yang tiada exam.
Maksudnya exam untuk hari itu tidak ada kena mengena dengan kelas 4Pintar.
Adalah dalam 5 hari kami tiada exam.

Apa-apa pun, good luck untuk 4Pintar.
Lakukan yang terbaik ok.
Sebab kelas kita sahaja yang lain dari yang lain.
Satu-satunya kelas Science Techno di BTS.
Selamat menjawab.

Wednesday, April 14, 2010

pengenalan untuk plajar kelas

Heyy all! Aku tengok blog ni dah macam terbiar saja. Sebab dah tak ada sesiapa nak update, kn? So, baik aku yang buat update. Senang cerita, aku nak update pasal budak2 class 4Pintar. aku akan buat page yang betajuk 'Boys Over Flower'. Ini pasal budak2 lelaki 4Pintar. But, tak semualah because ada budak yang aku tak dapat gambar dia orang. Nak tengok? Click thumbnails dekat atas.

Wednesday, March 31, 2010

3 in 1

Salam.
Dah lama tak update blog ni.
Minggu lepas semua busy dengan exam.
So, blog ni pun tidak terupdate.
Banyak juga benda yang nak dikongsikan.
3 cerita dalam 1 post.
Macam orang Inggeris cakap 3 in 1.

First sekali nak kongsi cerita pasal 3 orang pelajar lelaki kelas 4Pintar yang dilantik menjadi pengawas. Tapi, sebelum dilantik menjadi pengawas, mereka berada dalam pemantauan dulu.
baru dapat jadi pengawas yang asli lagi tulen.
Senang cerita mereka kena jadi pengawas percubaan dulu.
Lupa pula nak bagi tahu siapa mereka.
Jejaka2 yang bertuah itu ialah:

-Emer.
-Am.
-Amzar.

Habis satu.
Cerita yang kedua pula ialah..
Jeng3..
Suspen tak? Jujurnya tak, kan?
Hari ini bertarikh 31 Mac, hari rabu bersamaan 15 R.Akhir merupakan hari yang bersejarah dalam hidup Ain.
Nak tahu kenapa?
hari ini hari jadi dia. Orang putih cakap birthday.
Mesti anda semua tidak wish lagi, kan?
Teruk betul!
Tak apa. Nanti wish lah happy belated dekat dia.

Yang ketiga pula,
Erm.. Tiba2 tak ingat pula.(maklumlah orang tengah demam)
Tak apalah. Nanti dah ingat cerita lagi.
Tunggu sajalah.
hehe..

ok lah.
Nantikan post yang lain pula ya.
Nak bertapa ingat balik cerita ketiga tu.

Salam 4 Pintar~~

Wednesday, March 17, 2010

Ini Suatu Cerita!

Seloka 4 Pintar!

Ucapan salam pembuka bicara,
Kepada semua yang sedang membaca;
Ini 4 Pintar mahu bercerita,
Tentang pelajarnya yang kecoh belaka.

Pn. Halimah empunya nama,
mengajar LK kelas kami;
LCD menjadi teman setia,
Membuat kami senang hati.

Orangnya pendiam rajin sekali,
Dah tahu rabun duduk belakang sekali!
Itulah dia ketua kami,
Khairuzzaman nama diberi.

Manisah pula penolong kami,
bila tersenyum nampak gigi;
Kerjanya siap bila diberi,
Habislah semua orang nak copy!

Biru dan hijau membezakan mereka,
Menjadi jiran sepanjang masa;
Acap dan Wafy itulah mereka,
Amzar pula banyak ragamnya.

Ammar dan Syafiq lain ceritanya,
Buat kelas huru-hara;
Siapa tak kenal perangai mereka,
Tiada mereka aman dunia!

Seorang pemalu,seorang pendiam,
Joe dan Amir duduk berjiran;
Lain pula Emer dan AM,
Cikgu mengajar sibuk nak makan!

Berbaju biru kurus tinggi,
Kalau mengamuk lain pula jadi;
Gambar Kim Bum penyejuk hati,
Itulah FM 'Blogger Girl' kami.

Sebelah FM apa kurangnya,
Bajunya sama biru juga;
Amirah Suhaila nama diberi,
Orangnya baik rajin sekali.

Duduk berdua ke mana saja,
Atikah dan Nabilah teman setia;
Ada saja cerita dan gelak tawa,
Farahanis dan Adilah ikut sama.

Ain dan Saadah sehati sejiwa,
Dua-dua berkaca mata;
Azu dan Azliza sama saja,
Ke mana pergi pasti berdua.

Kepada guru yang menabur jasa,
Terima kasih tidak terkata;
Kepada semua rakan seperjuangan,
Jumpa lagi tahun depan.

Itu saja yang kami nak cerita,
11 gadis 13 jejaka;
Salah silap maaf dipinta,
Niat di hati mahu berseloka.

p/s: Hafiz Azman, Hafis Rahman dan Fikri tak ada. Nanti FM reka lagi. tak ada idealah..

Tuesday, March 16, 2010

extra klas (15032010)

Holla !! Pada hari Isnin yang bertarikh 15032010, kami telah menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh Cikgu Din. Hanya Amzar dan Nabilah yang tidak hadir pada hari tersebut. selepas itu, kami breakfast di kedai mamak yang berhampiran di sekolah kami. Kelas tambahan terus dimeriahkan oleh ex-4Pintar iaitu Akim dan Ezliana. Hari Rabu ni pun ada kelas tambahan lagi. So, kepada budak2 4Pintar jangan lupa datang ok.




kedai mamak kene serbu..


posing after class.
.
posing after breakfast.

posing di tengah jalan.

posing before back home.

Sunday, March 14, 2010

ragam kami !!!

holla!!!
Post kali ingin menceritakan serba sedikit tentang ragam penghuni 4Pintar.
kalau nak tahu budak2 4Pintar ni mempunyai ragam dan kerenah yang tersendiri, lelaki dan perempuan sama2 menggila.. haha
ada yang suka makan nasi sementara menanti guru subjek seterusnya masuk
ada juga yang suka keluar kelas sesuka hati bila cikgu tiada dalam kelas.. haha
ada yang baring dekat sudut bacaanlah
ade juga yang mempunyai panggilan yang agak ganas
apa gelarannya biarlah rahsia haha..
ada juga panggilan seperti manis, panis, fm, sood.
Lagi satu, kalau nak tahu, kalau duduk dekat blok yang bersebelahan
boleh dengar kelas kami yang paling bising dekat situ. Haha, buat segan saja...
sebenarnya tiada idea nak post.. Itu sahaja untuk kali ini
nantikan post2 dari kami, bye.

Extra Class!

Salam.
Post kali ini, FM nak ingatkan kepada 4Pintar yang esok ada kelas tambahan math ya!
jangan lupa!
betul3..
haha.. Jadi Upin Ipin pula..
ok..
Esok datang beramai2 ya!
sebab ex 4Pintar pun ada esok.
Nak tahu siapa?
kenalah datang.
pukul 8.30 a.m. - suka hati kata Cikgu Din.

All right..
See tou guys tomorrow..
Salam Satu Pintar!

Saturday, March 13, 2010

Sambutan Maulidur Rasul!

Salam..
Sekali lagi FM nak buat post.
Tapi kali ini post dalam bentuk laporan.
Semalam, Jumaat 12 Mac 2010 bersamaan dengan 26 Rabiul Awal di SMK Bandar Tasik Selatan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Setelah membaca doa, menyanyikan lagu negaraku dan lain-lain, sambutan dimulakan dengan perarakan dari padang hingga ke dataran perhimpunan. Sebelum ceramah dimulakan, pelajar dibenarkan untuk mengisi perut masing-masing di kantin. Makanan disediakan oleh pihak sekolah. Sambutan ini kemudiannya diakhiri dengan penyampaian hadiah tokoh Maulidur Rasul.

Tamat sahaja sambutan, apa lagi! Kami adakan sesi bergambar pelajar 4 Pintar. Inilah wajah2 pelajar 4 Pintar yang hadir pada Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SMK Bandar Tasik Selatan.

4P Studens


Girls@4P


Boys@4P

Sampai sini sahaja laporan mengenai Samutan Maulidur Rasul yang berlansung di SMK Bandar Tasik Selatan..
Sekian..

p/s: Pn. Halimah sibuk mengemas barang. So, dia tak nak bergambar bersama pelajar2nya.

Sunday, March 7, 2010

Chat Box and Graphics!

Salam.

Sekali lagi FM nak bagi tahu pengunjung blog kelas ini, blog ini sudah semakin melangkah ke hadapan.
Perasan tak blog ini dah ada Chat Box?
So, anda semua bolehlah chat dekat situ.
nak tanya apa2, sebarang komen dan sebagainya boleh letak di situ.
and nampak tak graphics2 kat side bar sebelah ni..
Cantik tak?
hehe..
Semua pasal friendship..
Header and footer blog pun, cantikkan?
Jam, scroll message pun ada..
bak kata pak cik astro "Macam-macam ada!"
nanti FM letak macam2 lagi graphics dan lain2..

oklah..
tak ada benda nak cakap sebenarnya..
nak bagi tahu, itu saja..
kerja sekolah dahlah tak buat lagi..
ish3..
hahaha..
Ok. jumpa lagi di post yang lain.
Terima Kasih sebab sudi berkunjung ke blog ini.



Salam Satu Pintar.

ex - pintar !!!

Salam,
Kalau post yang sebelum ni datangnya dari Waffe dan FM, post kali ini datangnya dari Ella untuk mengambil alih bagi menceritakan tentang bekas2 penghuni kelas 4Pintar. Senang cerita mereka semua ni berangkat ke sekolah teknik tapi seorang saja yang tidak pergi ke teknik haha, namanya Ezliana. Dekat sini aku letakkan gambar2 mereka untuk ditatap.


ini adalah diantaranya. Ada satu sahaja gambar yang tidak dapat dikesan adalah Baihaqi.
Itu sahajalah. Kepada yang tidak disebut, sorrylah because manusia mudah lupa, hehe

semoga dapat bertemu di post yang lain.

Saturday, March 6, 2010

pertukaran jadual

Hello?! Start hari isnin ni, bersamaan 8 Mac 2010, sekolah kita orang akan buat pertukaran jadual. So daripada apa yang kami tengok, kami akan menjadi semakin sibuk. This happens because everyday akan ada mata pelajaran elektif/penting. Kalau kita orang tidak datang ke sekolah selepas ni, maybe kita orang aksn missed banyak topik.. Dah lah semua topik susah2.

So, aku nak pesan dekat semua kawan2 class aku, selepas ini, kita jangan haraplah nak ponteng class or nak lompat pagar dah. Memang susahlah kita.. Kalau nak buat juga, buatlah, tanggunglah sendiri akibatnya.. hehhh..

okey guys?! bye..
peace..
keep rockin..

Friday, March 5, 2010

Members Of Science Techno.

Hello..
tadi waffe(bak kata cikgu Din :P) buat post..
kali ni, FM (gelaran je) nak memperkenalkan pelajar2 Science Techno.
Sebelum tu FM nak juga menginform dekat anda semua tentang kelas kami ni..
Ok. Kelas kami ni namanya Pintar. walaupun hakikatnya tak adalah pintar sangat.. Haha..
Kami akan berada di kelas ni selama 2 tahun..
so, tahun depan kita orang duduk di kelas yang sama dan akan berjumpa dengan muka yang sama macam tahun ini.. huh! Membosankan bukan?! haha..


kelas kami ni pada mulanya ada dalam lebih kurang 30 orang. Setelah hampir 10 orang meninggalkan kelas 4Pintar kerana pindah sekolah teknik dan sebagainya, tinggallah 24 orang.

13 Putera.

~Khairuzzaman, The Monitor Class
~Asyraf
~Amirul Helmi
~Amirul Syadzwan
~Amir Shahir
~Syafiq Zainal
~Hafiz Azman
~Fikri
~Aizat Emer
~Hafis Rahman
~Ammar Jamil
~Amzar Faidhi

11 puteri.

~Manisah, The Assistant Monitor
~Nurul Saadah
~Amirah Suhaila
~Izzatul Ain
~N. Sarah
~Farahanis
~Adila Nadhirah
~Azliza
~Azuria
~Nabilah
~Atikah

Ha!(terkejut tak?! Haha)
inilah muka2 pelajar kelas Science Techno.
oh ya! lupa pula nak bagi tahu nama guru kelas.
Guru kelas kita orang namanya Pn. Halimah.

ok lah.
nantikan post yang lain pula ok?

~ INTRO ~

Hey you guys! we guys are SMKBTS's students. Kita orang ambil course Technology Science. Subject elective is Additional Mathematic, Chemistry, Physics, Civil Engineering, and Engineering Technology. mainly, yang masuk course ni dapat 4A (maybe) mse PMR.

Kami sekarang ni ada 24 orang dalam class. sebelum ni, ada lebih kurang 30 orang.. But, ada yang pindah masuk teknik, masuk sbp, tinggal sajalah kita orang..

Blog ni di 'create' untuk di update oleh semua ahli class kita orang.. Ini blog public laa.. Bukan personal punya.. Nanti, lepas ni akan ada update pasal daily life kita orang kat dalam class, pasal guru-guru ke, or luahan perasaan kat cikgu, kawan sekelas, or even orang lain kat SMKBTS tu..

Nantikan next post dari kami!
peace,
kep rockin!